Siti Saleha bertudung hanya kerana lakonan

January 10, 2011

Aktres Siti Saleha, 20, mengakui ramai peminat yang menggemari lakonannya sebagai wanita bertudung. Malah dia tidak kisah menerima sekali lagi watak wanita bertudung kali ini untuk drama terbarunya, Ustaz Amirul yang disiarkan di TV3 setiap Jumaat, jam 9 malam.

Dia melakonkan watak Munirah, seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Dia dijodohkan dengan Ustaz Amirul yang lebih mencintai kekasihnya, Adawiya.

“Saya terima watak ini (bertudung) sebab respons daripada peminat yang suka melihat saya bertudung. Bagi saya, bukan susah untuk memakai tudung kerana saya pernah bertudung semasa bersekolah dulu,” katanya yang turut melakonkan watak bertudung dalam drama Syurgamu Ramadan.

Pelakon yang menceburi bidang lakonan sejak dua tahun lalu ini akui sukar berlakon dalam drama Ustaz Amirul. Malah dia sanggup menerima apa watak bagi memastikan lakonannya lebih versatil.

Bercerita mengenai perkembangan lain, Saleha bakal muncul dalam filem pertamanya Dendam Taming Sari.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))