Kebangkitan Safee memang tepat pada masa

December 29, 2010

PENYERANG skuad Harimau Malaya Mohd Safee Mohd Sali kini mendahului senarai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF bagi pencalonan Anugerah Kasut Emas.

Safee, 26, meledak empat gol sepanjang perlawanan berlangsung meninggalkan pemain Indonesia Cristian Gonzales yang mendiami tangga kedua senarai penjaring dengan tiga gol.

“Sudah pasti saya mahu memenangi anugerah tersebut tetapi buat masa ini ia bukanlah perkara penting bagi saya.

“Apa yang penting adalah membantu pasukan ini menjulang Piala Suzuki AFF kerana Saya tidak pernah menyasarkan sebarang anugerah individu,” katanya.

Penyerang Selangor itu sebelum ini gagal menyuntik sebarang jaringan pada perlawanan peringkat kumpulan.

Dua gol hasil rembatan Safee disumbangkan ketika perlawanan separuh akhir pertama menentang Vietnam dan dua lagi ketika bertemu Indonesia pada aksi akhir pertama di mana kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))