Cat enggan langgar sumpah

January 10, 2011

PENGHIJRAHAN Catriona Ross untuk memakai tudung tahun lalu diterima baik peminatnya. Mengakui pada mulanya agak sukar menerima tawaran berlakon apabila mengetahui akan perubahan dirinya, tetapi bagi dirinya, ia tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang lakonan.

Catriona atau lebih mesra dengan panggilan Cat yang kini muncul menerusi slot legenda Delima Sakti turut berterima kasih kepada Sheila Rusly di atas kepercayaan memberikan watak antagonis kepada dirinya.

“Pada mula-mula dulu, saya ada mengadu dengan kak Sheila. Saya sedih apabila ada beberapa pihak yang tidak mahu mengambil saya berlakon hanya kerana saya bertudung.

“Ada juga yang membatalkan hanya kerana mereka lambat tahu saya kini sudah bertudung. Selepas itu, kak Sheila ada menghubungi saya dan menawarkan saya berlakon untuk drama Delima Sakti.

“Lebih teruja apabila watak yang diberikan adalah watak jahat yang mana saya memang menginginkannya. Ini adalah drama pertama lakonan saya selepas penghijrahan saya.

“Bukan saja berlakon, malah saya turut mendapat watak yang saya mahu,” ceritanya ketika majlis pelancaran drama Delima Sakti baru-baru ini.

Tambahnya, biarpun ditawarkan dengan bayaran yang tinggi, namun Cat tidak akan membukanya hanya untuk beberapa minit.

“Ini dah macam sumpah dan janji saya. Lagi pula, buat apa saya nak buat macam tu. Saya tahu, kalau ada rezeki tak ke mana. Wang bukan ukurannya. Saya berharap, orang di luar dapat melihat bakat lakonan saya.

“Dalam drama ini pun saya bawa watak orang bunian yang jahat. Jadi, saya rasa, tidak wujud lagi istilah buka sekejap atau tutup sekejap,” tambahnya lagi.

Ibu beranak satu ini akan terus berlakon selagi diterima dan berharap tidak lagi dihidangkan dengan watak stereotaip.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))