China bina jambatan terpanjang di dunia

January 10, 2011

SHANDONG - Dengan jarak sejauh 42.5 kilometer, jambatan Qingdao Haiwan di China dengan mudah mengambil alih gelaran jambatan terpanjang di dunia daripada pemegang rekod sebelum ini, iaitu jambatan Tasik Pontchartrain di Louisiana, Amerika Syarikat.

Struktur gergasi itu menyambungkan bandar pelabuhan Qingdao di wilayah Shandong dan bandar Huangdao, merentasi lautan di Teluk Jiaozhou.

Dibina dalam tempoh hanya empat tahun dengan kos sebanyak 5.5 bilion pound (RM26 bilion), pembinaan jambatan itu menggambarkan kecanggihan teknologi dan kejuruteraan kuasa besar Asia itu.

Jambatan enam lorong itu disokong oleh lebih 5,200 tiang dan direka oleh syarikat tempatan, Shandong Gausu tanpa menggunakan kepakaran dari luar.

Jambatan itu dijadual dibuka kepada pengguna, tahun ini dan akan menampung lebih 30,000 kereta setiap hari dan mengurangkan waktu perjalanan antara 20 dan 30 minit.

Hampir 10,000 pekerja terbabit dalam pembinaan jambatan itu yang mula dibina di dua penghujung bertentangan sebelum dicantum pada bahagian tengah.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))