Perokok dijangka pupus di Britain 50 tahun lagi

January 10, 2011

LONDON: Amalan merokok mungkin lenyap di Britain dalam tempoh 50 tahun akan datang, kata sebuah bank pelaburan utama, semalam.

Penganalisis Citigroup, Adam Spielman, berkata penyelidikan mendapati hampir tiada perokok di negara itu dalam tempoh 30 hingga 50 tahun lagi.

Katanya, statistik menunjukkan kadar perokok dewasa di Britain menurun dari 53 peratus pada 1960 kepada 21 peratus pada 2008.

“Jika trend ini berterusan, menjelang 2050 pasaran tembakau akan mati,” katanya.

Menurut laporan itu, ada kemungkinan tiada perokok di Britain atau di mana-mana negara membangun dalam tempoh sama.

Pendedahan itu dikatakan turut mendorong nilai pasaran saham syarikat rokok di Britain merudum. Saham syarikat British American Tobacco, misalnya, merosot 54.5 peratus, manakala Imperial Tobacco 37 peratus.

Sejak sekian lama, orang ramai menganggap saham syarikat rokok sebagai tempat selamat untuk melabur kerana menjamin pulangan keuntungan yang tinggi.

Namun, laporan didedahkan Citigroup semalam itu mungkin menyebabkan kebimbangan meluas di kalangan pelabur.

Laporan itu menunjukkan permintaan terhadap rokok mula menurun ketika harga pasaran untuk produk itu meningkat.

Amalan merokok merosot secara konsisten sejak 1960-an apabila kesedaran orang ramai terhadap kesan negatif daripadanya meningkat. - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))