PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini dan pemain tengah Arsenal, Samir Nasri masing-masing dianugerahkan sebagai Pengurus dan Pemain Terbaik Barclays bulan Disember.
Mancini mendapat penghormatan itu setelah berjaya membimbing City memenangi empat dari lima perlawanan sepanjang bulan Disember dan meletakkan mereka sebagai antara pasukan pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
City mencatat dua kemenangan penting di laman sendiri iaitu ke atas Bolton Wanderers dan Aston Villa serta West Ham United dan Newcastle United di gelanggang luar.
Biarpun menghadapi jadual yang padat, City tidak menghadapi masalah menundukkan Red Bull Salzburg dan Juventus dalam Liga Europa, kecuali hanya tewas sekali 2-1 kepada Everton.
Nasri tidak boleh dipertikai sebagai pemain terbaik Arsenal sejak musim baru bermula dan menunjukkan peningkatan mendadak sepanjang bulan lalu.
Dua jaringan cantik sewaktu bertemu Fulham dan berada dalam prestasi gemilang ketika Arsenal menumpaskan Chelsea 3-1 melengkapkan kejayaannya tahun lalu.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment