PEMINAT Tottenham Hotspurs bakal menyaksikan kemunculan bintang sensasi David Beckham di White Hart Lane sekiranya perbincangan mengenai pinjaman terhadap pemain itu berjalan lancar.
Jurulatih The Spurs Harry Redknapp memberitahu perjanjian itu hampir pasti berlaku selepas seminggu berbincang bersama Los Angeles Galaxy.
Tottenham begitu yakin mendapat khidmat bekas pemain tengah Manchester United aksi selama lapan minggu.
Perbincangan kedua kelab juga melibatkan cara pembayaran gaji Beckham selama dua bulan. Bagaimanapun Redknapp yakin peluang mereka mendapatkan Beckham, cerah.
“Peminat pasti seronok mengalu-alukan kehadiran Beckham ke sini. Malah setiap orang menghormatinya.
“Saya ceritakan semuanya kepada anda tentang dirinya. Kerana itulah dia mempunyai kerjaya yang hebat.
“Beckham seorang yang bekerja keras, jurulatih yang bagus dan anda tidak pernah mendengar sebarang rungutan di lemparkan terhadap dirinya,” katanya.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment