Anak dara tua di Arab Saudi dijangka cecah 4 juta

January 7, 2011
JEDDAH: Bilangan wanita bujang yang berusia 32 tahun ke atas dijangka meningkat kepada empat juta menjelang 2015, lapor anggota Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Kerajaan (HRC), Abdul Aziz Al-Fouzan.

Abdul Aziz berkata, HRC menganggarkan bilangan anak dara tua (wanita berusia 32 tahun ke atas) kini berjumlah 1.4 juta.

“Ini bermakna terdapat seorang wanita yang tidak berkahwin antara 16 wanita di Saudi. Fenomena itu berlaku disebabkan pelbagai alasan termasuklah pengangguran dan amalan tradisi lapuk,” katanya.

Bilangan wanita bujang dalam kategori umur terbabit lebih tinggi di bandar berbanding di desa pedalaman. Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju mengahwinkan anak perempuan pada usia muda dianggap penyelesaian terhadap isu itu.

Isu mengahwinkan anak perempuan di bawah umur menjadi perdebatan di Arab Saudi ekoran sesetengah kes yang berlaku. - Agensi

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))