Saman fitnah Anwar dibatal

January 7, 2011

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berjaya membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung kenyataan beliau bahawa Ketua Pembangkang itu cuba menariknya menyertai parti itu dengan menawarkan jawatan tinggi pada 2009.

Hakim Datuk John Louis O’Hara yang membuat keputusan itu dalam kamar, semalam, membenarkan permohonan Anifah dengan kos.

Anwar telah menyaman Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai Ahli Parlimen Kimanis serta kedudukan rasmi sebagai Menteri Luar, dan menteri itu dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, sementara kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga.

Saman itu difailkan pada 27 Mei 2009, ekoran kenyataan Anifah pada sidang media bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pada 16 Mei 2009, yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008.

Anwar juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau cuba membeli Ahli Parlimen dan mencemarkan imej negara.

Anifah diwakili peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah atas kedudukan peribadinya manakala Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh mewakili menteri itu atas kedudukan rasmi beliau.

Peguam, SN Nair yang mewakili Anwar pula berkata, beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. - Bernama

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))