Lirik lagu lucah, maki hamun

January 1, 2011
KUALA LUMPUR: Atas nama kreativiti, perkataan lucah dan maki hamun menjadi sebahagian daripada lirik segelintir band ‘bawah tanah’ yang membawa muzik metal sehingga mengejutkan beberapa pihak termasuk pendengar lagu bergenre itu.

Antara perkataan yang menjadi inti pati lirik itu termasuk bangsat, babi serta anjing dan ia menjadi ikutan segelintir peminat setia muzik metal terutama di tempat berlangsung gig mereka.

Peminat muzik yang hanya mahu dikenali sebagai Jat berkata, dia terkejut apabila mendapati lirik sebuah kumpulan ‘underground’ tempatan penuh maki hamun dan mencarut.

“Mereka menyanyi lagu itu dalam bahasa Melayu, dari segi muzik tidak ada masalah, namun liriknya amat keterlaluan dan penuh kemarahan.

“Ketika menyedari kewujudan band ini, saya fikir lagu itu mungkin dicipta sekadar suka-suka, namun apabila mereka muncul dengan beberapa lagu baru yang menggunakan lirik maki hamun, saya bimbang ia menjadi ikutan,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, selain membuat persembahan di gig, band terbabit memuat turun lagu mereka di YouTube.

“Band itu terdiri daripada anggota yang berusia 20-an dan saya tidak mengetahui latar belakang kumpulan itu, tetapi lagu mereka dipenuhi kemarahan.

“Tidak salah untuk bermain muzik, tetapi kenapa perlu memaki hamun dan mencarut sedangkan lirik lebih baik tanpa memasukkan elemen sebegitu boleh dihasilkan,” katanya. Sementara itu, ditanya mengenai perkara itu, komposer, Damian Mikhail Seet, berkata penghasilan seni muzik mesti disertai tanggungjawab.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))