Pekerja kilang didakwa bunuh bayi

January 6, 2011

GEORGETOWN - Seorang pekerja kilang, Nurul Syuhada Shamsudin, 21, yang menghadapi tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkan dalam tandas wanita di tempat kerjanya, tidak wajar dipanggil membela diri, Mahkamah Tinggi diberitahu semalam.

Peguamnya E Gnasegaran berkata, daripada keterangan saksi, punca kematian bayi itu belum dapat dipastikan.

“Anak guam saya tidak tahu bagaimana rasa untuk melahirkan anak kerana kesakitan itu sama seperti hendak membuang air besar. Punca kematian bayi itu belum dapat dipastikan.

“Oleh itu, anak guam saya tidak wajar dipanggil membela diri bagi pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh),” katanya.

Nurul Syuhada didakwa membunuh bayinya antara jam 3 dan 7 pagi, 31 Disember 2009 dengan membuang bayi itu ke dalam mangkuk tandas di kilang Jabil Circuit, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.

Hakim, Datuk Zamani Abdul Rahim, menetapkan 25 Januari ini untuk membuat keputusan terhadap kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar selesai mengemukakan penghujahan terakhir pada peringkat kes pendakwaan. Pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya, L Umma Devi.

Azhar berkata, Nurul Syuhada didakwa membuang bayinya dalam mangkuk tandas tempat kerjanya.

"Mayat bayi itu dijumpai tersangkut dalam lubang tandas pada keesokan harinya kira-kira jam 2.15 petang oleh pencuci yang datang membuat pemeriksaan setelah menerima laporan tandas tersumbat,” katanya.

Nurul Syuhada mengaku tidak bersalah.

Dalam hujahannya, Azhar berkata, wujud elemen niat daripada tindakan tertuduh yang cuba menyembunyikan kelahiran bayi berkenaan.

“Tertuduh enggan pulang awal walaupun setelah dinasihati kerana keadaannya ketika itu tidak sihat dan didapati berada di tandas dalam tempoh lama. Tertuduh juga didapati menyahut panggilan rakannya ketika berada dalam tandas dengan mengatakan dia dalam keadaan baik kira-kira jam 5 pagi pada hari kejadian.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))