Pas kutuk serangan gereja di Mesir

January 6, 2011

KUALA LUMPUR - Pas semalam mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Gereja Coptic Orthodox di Iskandariah, Mesir, beberapa hari lalu yang mengorbankan lebih 20 nyawa.

Pas menyifatkan perbuatan menyerang rumah ibadat penganut Kristian itu sebagai tidak bertamadun dan dikutuk oleh Islam.

“Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah ibadah, walaupun di waktu tercetusnya peperangan.

“Jadi serangan bom yang dilancarkan ke atas gereja tersebut adalah sesuatu yang menyedihkan dan menyimpang daripada ajaran Islam,” kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan.

Malah, katanya sebilangan besar penganut Kristian telah lama bersama dengan komuniti antarabangsa dalam usaha membe:baskan Palestin daripada penaklukan rejim Israel, maka mereka sepatutnya diraikan dengan baik sebagaimana diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Beliau berharap insiden itu bukan sabotaj yang bertujuan melaga-lagakan umat Islam dengan penganut Kristian. - Bernama

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))