PARIS - Rakyat Perancis menduduki tangga teratas senarai individu paling berfikiran negatif mengenai kehidupan yang bakal ditempuhi mereka tahun ini.
Tinjauan mendapati sebanyak 61 peratus responden dari negara itu berpendapat tahun 2011 akan membawa kesusahan dari segi ekonomi.
Rakyat Perancis juga percaya kadar pengangguran di negara itu akan meningkat tahun ini semasa disoal dalam tinjauan itu yang membabitkan 53 negara dan seramai 63,000 individu.
Britain menduduki tempat kedua senarai itu dengan 52 peratus responden berfikiran negatif, diikuti dengan Sepanyol dan Itali.
Perasaan negatif di kebanyakan negara Eropah berbeza sama sekali dengan penduduk di negara membangun di Asia, Amerika Selatan dan Afrika yang lebih bersifat positif tahun ini.
Penduduk yang menderita akibat perang turut mengharapkan masa depan yang lebih baik dengan hanya 14 peratus rakyat Afghanistan dan 12 peratus rakyat Iraq bimbang kehidupan mereka semakin susah.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment