Buka pintu restoran jumpa mayat

January 10, 2011
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik sebuah restoran yang membuka pintu belakang kedainya terkejut menemui mayat lelaki berpakaian kemas terbaring dan berlumuran dipercayai disamun sebelum dibunuh, kira-kira 7.30 pagi semalam.

Dia yang tergamam menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat terbabit yang dipercayai dibunuh lewat malam kelmarin di lorong belakang kedainya di Jalan Kuchai Maju 8, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mangsa dikenal pasti sebagai warga Myanmar selepas polis menjumpai kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR) bersamanya.

Menurutnya, identiti lelaki terbabit dikenal pasti sebagai Aik Sang, 32.

“Ketika ditemui mangsa terbaring dengan berpakaian lengkap dan berkasut. Mayat turut mempunyai kesan kecederaan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul. “Polis juga menjumpai RM15 bersama sarung telefon bimbit pada mangsa, namun telefon bimbit dipercayai dicuri. Kami masih menyiasat motif pembunuhan dan kes ini disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))