40 ahli PKR Cabang Parit sertai UMNO

December 27, 2010
BOTA: Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Parit menyertai UMNO Bahagian Parit dengan menyerahkan borang permohonan kepada Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, semalam.

Bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Perak dan Exco Pemuda PKR Malaysia, Faizal Efendi, berkata dengan kemasukan ke UMNO, dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Kampung Selat, Bota dibubarkan.

Beliau berkata, empat lagi ranting PKR, iaitu Titi Gantung, Kampung Tua, Kampung Lambor Kanan dan Padang Changkat mungkin akan dibubarkan selepas lebih 150 lagi ahli PKR menyertai UMNO tidak lama lagi.

Katanya, ahli PKR sudah muak dengan perangai dan tindakan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak untuk kepentingan peribadi, bukannya berjuang mengikut matlamat asal parti.

"Beliau dan pemimpin parti juga mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoal rakan dalam pakatan pembangkang," katanya selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Mohd Zaim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Blanja.

Hadir sama Ahli Parlimen Parit yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))