Anak patung terapung rupa-rupanya mayat bayi

January 10, 2011
SANDAKAN: Objek seakan-akan anak patung yang dilihat sekumpulan kanak-kanak ketika memancing di perairan Kampung Sing Kee, di sini, semalam membawa kepada penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat terbabit dipercayai dicampakkan ke laut di perkampungan atas air itu kira-kira 24 jam sebelum ditemui.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata sebaik menerima maklumat penemuan mayat bayi itu daripada penduduk kampung berkenaan, sepasukan anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut menemui mayat bayi itu terapung di perairan kampung berkenaan oleh sekumpulan kanak-kanak yang memancing sebelum memaklumkan kepada orang ramai.

“Sepasukan polis yang tiba tidak lama kemudian membawa mayat bayi itu ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mencari punca dari mana mayat bayi itu dihanyutkan kerana ditemui ketika keadaan air laut pasang.

“Kami mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melalui maklumat daripada klinik di daerah ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta memaklumkan kepada polis bagi membantu siasatan," katanya.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))