Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Ally Iskandar sudah ada teman?

January 20, 2011

KELIBAT pengacara TV3, Ally Iskandar bersama seorang wanita cantik, berjalan bergandingan mesra di pusat membeli-belah The Curve, Damansara begitu menarik perhatian penulis bersama teman media yang lain.

Ketika itu penulis bersama teman media sedang menantikan kehadiran pelakon sinetron popular, Baim Wong di sebuah coffee house. Kelibat Ally bersama wanita yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an itu pastinya mengundang pertanyaan.

Sementelah lagi dia masih membujang hingga ke hari ini. Ally yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi penjelasan mengenai wanita yang dilihat bersamanya itu.

“Saya rasa belum masanya untuk saya berkongsi tentang ruang peribadi saya kepada umum. Tapi jika sudah tiba masanya, saya tidak kisah untuk bercerita lanjut mengenai perkara ini.

“Cuma sekarang ia bukan masa yang sesuai. Lagipun saya bukan selebriti terkenal, cuma seorang pengacara sahaja,” ujar Ally yang pernah digosipkan dengan aktres jelita, Fasha Sandha.

Jelas Ally lagi ada banyak faktor yang menyebabkan dia tidak mahu berkongsi cerita peribadinya kepada khalayak dan bimbang jika ada yang salah faham jika cerita peribadinya dikongsi bersama orang luar.

“Saya ada keluarga, dan saya tidak mahu nanti memalukan keluarga. Tunggulah, mungkin satu haru nanti saya akan beritahu, tapi bukan sekarang dan saya juga tidak tahu bila.

“Tetapi sekarang saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya mahu ruang privacy dan saya mahu semua orang menghormati ruang privacy saya,” jelasnya.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

Kontroversi Nabil disingkir Konsert Lawak

January 19, 2011

Sejak menjuarai Raja Lawak, aura sebagai pelawak semakin sebati dengan Nabil.

Kehebatannya sebagai pelawak tidak dapat dinafikan dan sejak itu, pelbagai anugerah diraih Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad.

Sekalipun dihujani pelbagai pujian, namun sebagai artis popular tanah air, dia tetap tidak terlepas daripada kontroversi.

Terbaru, Nabil tidak tersenarai dalam kelompok 26 pelawak untuk Konsert Lawak anjuran Astro Warna.

Timbul dakwaan kononnya, ketiadaan Nabil untuk konsert itu adalah disebabkan gosip dan kontroversi yang melanda dirinya selama ini menyebabkan dia disingkirkan daripada konsert berkenaan.

Nabil ketika dihubungi menyangkal dakwaan itu dan menyifatkan semua itu bertujuan menjejaskan kariernya.

“Saya tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Saya ada menerima pelawaan pihak Astro untuk terlibat dalam konsert ini, tetapi saya terpaksa menolaknya dengan baik kerana pada tarikh itu saya akan terlibat dengan penggambaran filem Tamil.

“Kalau mereka mahu singkirkan saya, pasti saya tidak diundang, tetapi saya diberitahu cuma bertindih dengan jadual kerja saya. Siapa yang tidak mahu bergabung dengan artis veteran. Tambahan, ia konsert terbesar dan pertama di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dia berhasrat menyertai konsert berkenaan, tetapi disebabkan dia telah menandatangani kontrak untuk filem berkenaan, dia terpaksa melupakan hasratnya itu.

“Ada yang cakap kenapa tidak minta cuti sehari untuk sertai Konsert Lawak ini. Apa yang dapat saya katakan, saya bekerja dengan produksi luar dan saya perlu memberikan komitmen serta perlu menghormati mereka. Saya tidak boleh lakukan dua kerja dalam satu masa kerana secara tidak langsung akan menjejaskan nama saya ,” katanya.

Nabil berkata, tahun ini dia berazam untuk tidak mencetuskan sebarang kontroversi.

“Saya mahu tahun ini sebagai tahun kejayaan untuk diri saya. Kejayaan tu bukan bermakna dapat anugerah, tetapi cukup sekadar saya tidak dikaitkan dengan perkara yang tidak baik.

“Apa yang berlaku pada saya sebelum ini cukup memberi pengajaran kepada saya. Saya bukan kejar glamor atau populariti,” katanya.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

Kehangatan konsert sulung Justin Bieber

January 18, 2011

Kehangatan konsert sulung, Justin Bieber bakal meninggalkan kenangan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik yang akan diundang bagi menyaksikan Justin Bieber My World Tour in Malaysia di Stadium Merdeka, pada 21 April ini.

Ketua Pegawai Operasi Tune Talk, Jason Lo berkata, Tune Talk Mobile Prepaid mengeluarkan syarat unik kepada setiap pemegang tiket VVIP supaya mendermakan RM1,000 untuk memberi peluang kepada kanak-kanak malang terpilih ke konsert itu.

Selain itu, wang hasil jualan tiket VVIP akan disalurkan ke Rumah Kebajikan Nur Salam untuk tujuan amal.

“Sesuai dengan tarikan konsert, kami rasa inilah masa paling tepat untuk meraikan mereka kurang bernasib baik. Tambahan, seluruh kutipan derma akan disalurkan untuk tujuan kebajikan,” katanya kepada media sempena jualan tiket hari pertama konsert berkenaan di pusat membeli-belah Bangsar Village.

Jason berkata, sebanyak 300 tempat duduk VVIP akan disediakan pada konsert berkenaan dan pihaknya menyasarkan kutipan RM100,000 hingga RM200,000 untuk disalurkan ke Rumah Kebajikan Nur Salam.

Sementara itu, terdapat sebilangan peminat fanatik Justin sanggup beratur di hadapan pusat membeli-belah Bangsar Village sejak jam 4 pagi walaupun kaunter tiket hanya dibuka jam 12 tengah hari.

Selepas kaunter tiket dibuka, peminat yang beratur untuk membeli tiket itu semakin bertambah sehingga ke luar pusat membeli-belah.

Jason berkata, dia bersyukur dengan sambutan diterima dan percaya konsert berkenaan bakal mengundang 20,000 peminat yang akan memenuhi stadium terbabit.

Justin dijangka akan menghiburkan peminatnya lebih kurang 2 jam dan akan diserikan dengan persembahan pembukaan penghibur terkenal tanah air.

Tiket menyaksikan Justin Bieber My World Tour In Malaysia dijual pada harga RM498, RM358, RM288, RM188 dan RM98 yang juga boleh didapati menerusi laman web, www.airasiaredtix.com dan www.ticketpro.com serta di kaunter jualan AirAsiaRedTix dan TicketPro seluruh negara.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

Azwan Ali ‘propa’


Azwan Ali pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu. Terkenal dengan gelaran mulut laser, Azwan Ali merubah penampilannya saat pulang daripada mengerjakan umrah, tahun lalu.

Berikutan itu, Azwan Ali turut membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada semua kenalannya di atas keterlanjuran kata-katanya sebelum ini dan mahu tampil dengan imej bersih.

Azwan juga enggan dikaitkan dengan dunia lamanya. Bergaya dengan beg tangan, memakai gelang, rantai dan sebagainya.

Ini kerana, dia mahu tampil lebih ‘gagah’.

Buktinya, Azwan Ali muncul dengan program terbarunya terbitan RTM, Tiada Lama Tiada Baru... Satu-satunya.

Menerusi program realiti itu, Azwan pantas bergaya seperti lelaki.

Namun ada juga yang kurang senang dengan penampilan terbaru Azwan dan mengatakan ia hanya perubahan sementara sekali gus terikat dengan syarat ditetapkan RTM.

“Saya akui terikat dengan RTM, di mana saya tidak boleh memakai aksesori perempuan dan paling penting perlu kurus.

“Tetapi, perubahan ini bukan kehendak RTM sahaja, sebaliknya itulah saya yang sebenarnya. Saya tidak boleh halang mulut orang untuk terus bercakap mengenai diri,” katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh berubah secara drastik dan sehingga kini, 80 peratus dia sudah berubah.

“Saya akan tetap berubah untuk diri dan peminat saya. Saya bukan Azwan Ali yang lama,” katanya.

Menurutnya, dia tidak peduli dengan tanggapan orang terhadapnya kerana merasakan setiap apa yang berlaku perlu ada perubahan.

“Menerusi tempoh empat bulan saya bersama RTM, saya cuba memperbaiki setiap kelemahan saya. Saya perlu berdepan dengan 15 penuntut program ini. Saya perlu memberi didikan kepada mereka. Jadi dengan cara ini, saya dapat mengubah diri saya untuk ke arah lebih baik,” katanya yang bertindak sebagai pengacara rancangan berkenaan bersama Didie Alias.

Program disiarkan secara langsung setiap Jumaat pada jam 9 malam di RTM1 itu turut menampilkan artis veteran untuk berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam bidang seni.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

Fasha Sandha enggan buka mulut


Jika akhir tahun lalu, Fasha Sandha mengakui sibuk dengan perancangan dan persiapan menyambut hari bahagianya pada awal tahun ini.

Namun, perkara itu seakan terhenti seketika apabila isu bikininya menjadi topik hangat masa ini.

Gambar Fasha memakai bikini dirakamkan ketika bercuti bersama rakannya di Bali, Indonesia tersebar luas di internet.

Berikutan kontroversi itu, Fasha dikatakan menghilang diri dan terdapat laporan mendakwa Fasha tidak pulang ke rumah serta tidak menghadiri lokasi penggambaran drama serta menarik diri di saat akhir untuk majlis peragaan fesyen ceongsam.

Sementara itu, Pengurusnya ketika dihubungi berkata, persiapan untuk menyambut hari bahagia Fasha dan Jejai masih diteruskan.

“Persiapan sudah siap dan hanya menunggu masa untuk melangsungkan majlis itu sahaja. Bila tarikhnya, saya tidak dapat jawab, kena tanya Fasha sendiri.

“Saya minta maaf. Saya yakin Fasha akan buka mulut sebaik kes ini reda,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, Fasha sibuk dengan jadual lakonannya.

“Nanti dia akan cakap juga mengenai hal ini. Tunggu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Fasha pernah memberitahu akan melangsungkan hari bahagianya bersama Jejai pada awal 2011.

Selain itu, cubaan Sinar Harian menghubungi Fasha untuk mendapatkan berita berkenaan gagal.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

Aamir Khan jarang mandi


KEDENGARAN agak pelik tetapi memang benar aktor terkenal Bollywood, Aamir Khan sebenarnya jarang mandi. Malah, itulah satu-satunya sikap Aamir yang tidak disukai oleh isterinya yang juga merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Kiran Rao.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak suka tentang Aamir adalah dia jarang mandi.

"Percayalah, dia tidak mandi dengan kerap," akui isterinya tentang habit suaminya itu.

Menyedari tabiat buruknya itu didedahkan, Aamir cuba berdalih dengan mengatakan: "Saya mandi setiap kali keluar rumah untuk bekerja.

"Saya cuma tidak mandi jika saya tidak keluar rumah atau dalam percutian."

Filem lakonan terbaru Aamir hasil arahan pertama isterinya yang berjudul Dhobi Ghat bakal ditayangkan di India bermula 21 Januari ini.

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

The Social Network filem terbaik


BEVERLY HILLS - Filem The Social Network memboloti empat anugerah termasuk filem terbaik dalam Anugerah Golden Globes kelmarin.

Pengarah filem itu, David Fincher dinobatkan sebagai pengarah terbaik manakala pelakon terbaik dimenangi oleh Colin Firth menerusi filem The King's Speech.

Filem The Social Network mengisahkan pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg.

Dua anugerah lain diterima filem itu ialah lakon layar terbaik dan muzik terbaik.

Aktres terbaik dimenangi oleh Natalie Portman menerusi lakonannya dalam filem Black Swan sekali gus mengatasi Halle Berry, Nicole Kidman, Jennifer Lawrence dan Michelle Williams.

Pelakon Christian Bale memenangi kategori aktor pembantu lelaki terbaik manakala Melissa Leo dinobatkan aktres pembantu terbaik. Kedua-dua mereka berlakon dalam filem The Fighter.

Filem animasi terbaik dibolot oleh Toy Story 3.

Pelakon Robert de Niro diumumkan sebagai penerima anugerah sepanjang zaman ekoran peranannya dalam filem Taxi Driver and The Godfather: Part II. - Agensi

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

Irwansyah berkahwin dengan pelakon sinetron

January 17, 2011

JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta.

Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.

"Takut salah ucap," katanya.

Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin.

Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

Khurafat yang menyeramkan!

January 16, 2011

Khurafat atau ‘Perjanjian Syaitan” arahan pengarah muda, Syamsul Yusof, adalah filem seram yang lain daripada lain.

Bukan sahaja sarat dengan babak seram, tetapi juga sistem audio yang pastinya akan menambahkan lagi keseraman sesiapa sahaja yang menonton. Yang pasti, sesiapa yang lemah semangat, sakit jantung atau wanita mengandung tidak digalakkan menonton filem ini.

Namun sekiranya anda ingin mencabar keberanian, silalah ke panggung dan pastikan ada teman di sebelah tempat duduk anda.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang mempunyai isteri bernama Ayshah.

Awalnya, mereka hidup aman dan bahagia, sehinggalah ‘gangguan misteri’ menghantui rumah tangga mereka. Dalam tempoh itu, Johan didatangi seorang perempuan tua yang tidak dikenali dan cuba mendekatinya. Malah bekas kekasihnya, Anna, turut menagih cinta kembali tanpa menghiraukan Johan sudah beristeri.

Kemuncak cerita apabila Anna membunuh diri dan sejak itu, mereka kerap dilanda peristiwa aneh.

Khurafat dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Liyana Jasmay, Mariani, Fauziah Nawi, Salina Saibi dan Syamsul sendiri.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/