KELIBAT pengacara TV3, Ally Iskandar bersama seorang wanita cantik, berjalan bergandingan mesra di pusat membeli-belah The Curve, Damansara begitu menarik perhatian penulis bersama teman media yang lain.
Ketika itu penulis bersama teman media sedang menantikan kehadiran pelakon sinetron popular, Baim Wong di sebuah coffee house. Kelibat Ally bersama wanita yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an itu pastinya mengundang pertanyaan.
Sementelah lagi dia masih membujang hingga ke hari ini. Ally yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi penjelasan mengenai wanita yang dilihat bersamanya itu.
“Saya rasa belum masanya untuk saya berkongsi tentang ruang peribadi saya kepada umum. Tapi jika sudah tiba masanya, saya tidak kisah untuk bercerita lanjut mengenai perkara ini.
“Cuma sekarang ia bukan masa yang sesuai. Lagipun saya bukan selebriti terkenal, cuma seorang pengacara sahaja,” ujar Ally yang pernah digosipkan dengan aktres jelita, Fasha Sandha.
Jelas Ally lagi ada banyak faktor yang menyebabkan dia tidak mahu berkongsi cerita peribadinya kepada khalayak dan bimbang jika ada yang salah faham jika cerita peribadinya dikongsi bersama orang luar.
“Saya ada keluarga, dan saya tidak mahu nanti memalukan keluarga. Tunggulah, mungkin satu haru nanti saya akan beritahu, tapi bukan sekarang dan saya juga tidak tahu bila.
“Tetapi sekarang saya tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya mahu ruang privacy dan saya mahu semua orang menghormati ruang privacy saya,” jelasnya.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment