FAM didenda RM124j?

December 29, 2010
MEDIA Indonesia terus memanaskan isu laser apabila ada yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda AS$40 juta (RM123.8 juta) dan digantung empat tahun oleh Fifa berikutan insiden ketika perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Disember lalu.

Malah soalan itu turut diajukan kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tiba di Indonesia untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya pada aksi final kedua di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.

“Saya sudah menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang menolak tindakan seperti itu oleh Fifa. Ini adalah satu bentuk provokasi semata-mata.

“Ini adalah salah satu usaha yang dicetuskan pihak tertentu untuk melemahkan semangat skuad kebangsaan kita,” katanya pada satu sidang media yang turut dihadiri Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Mallarangeng.

Mengenai isu laser itu, Ahmad Shabery menjelaskan beliau mendapat tahu perkara itu berlaku ketika perlawanan pertama ketika Malaysia menentang Indonesia pada 1 November lalu, namun menerima hakikat permainan tuan rumah adalah lebih baik ketika itu.

“Kami juga cuba mengawal alat laser ini dibawa masuk ke Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad lalu, namun gagal apabila ada yang berjaya membawanya,” katanya.

Sementara itu, Andi berkata perlawanan itu adalah medan buat kedua-dua negara meningkatkan kualiti bola sepak di Asia Tenggara.

“Kami merancang untuk mengadakan pertemuan dengan lebih kerap lagi bagi kedua-dua negara ini supaya dapat melonjak kualiti persembahan kami di peringkat Asia,” katanya yang yakin skuad bimbingan Alfred Riedl itu akan bangkit untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0.

Ahmad Shabery pula tetap berkeyakinan Malaysia akan terus mencatat kemenangan dengan menjaringkan dua lagi gol untuk kemenangan mutlak skuad kebangsaan.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))