T’Team tetap hormat pasukan Kelantan

January 7, 2011
T’TEAM yang dianggap pasukan baru dalam kejohanan bola sepak Liga Malaysia, tetap menghormati pasukan Kelantan, bekas juara Piala Malaysia 2010 apabila mereka bertemu pada pertandingan Piala FA, bulan depan.

Pengurusnya, Rozi Mamat berkata, sebagai juara sudah tentu pasukan Kelantan mempunyai pengalaman dan ramuan tertentu berbanding pasukan T’Team.

“Tambahan pula, mereka mempunyai jurulatih yang berwibawa dan disegani. Ini yang membuatkan T’Team menghormati pasukan tersebut,” katanya ketika diminta mengulas perlawanan pertama T’Team menentang Kelantan, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, 19 Februari depan.

Rozi berkata bagaimanapun T’Team bersedia dalam semua aspek untuk menghadapi Kelantan apabila kedua-dua pasukan itu bertemu nanti.

Katanya, T’Team yang bakal dibarisi bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahayuddin dan Rosdi Talib akan cuba memberikan persembahan terbaik.

Kontroversi melibatkan tiga bekas pemain Kelantan iaitu Nor Farhan Mohamad, Indra Putra dan Azizi Mohd Rose yang berhijrah ke T’Team tahun ini juga selesai, katanya tanpa mengulas lanjut.-Bernama

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))