Arsenal menakjubkan

December 29, 2010


LONDON - Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas memuji rakan sepasukannya sebagai 'menakjubkan' selepas kejayaan menewaskan Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana England di Stadium Emirates semalam.

Ini kerana ia merupakan kemenangan pertama Arsenal ke atas Chelsea sepanjang 12 pertemuan mereka sebelum ini.

Kejayaan itu sekali gus melonjakkan kembali Arsenal ke tangga kedua liga di belakang Manchester United sambil memintas Manchester City.

"Faktor kepercayaan adalah penentu. Inilah bezanya antara pasukan yang bagus dengan pasukan yang hebat. Kami di posisi pasukan yang hebat dan ia memang menakjubkan," kata pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Arsenal kini dipisahkan dengan dua mata berbanding United tetapi pasukan bimbingan Alex Ferguson itu masih bermain kurang satu perlawanan.

Manakala Chelsea yang mencatat kekalahan kelima mereka musim ini berada di tangga keempat dengan ketinggalan enam mata berbanding United di samping bermain lebih satu perlawanan.

Fabregas yang turut menjaringkan gol untuk Arsenal sebelum dan selepas jaringan Alex Song dan Theo Walcott menegaskan, saingan merebut kejuaraan liga kini makin ketat selepas kemenangan itu.

"Mana-mana pasukan berpeluang untuk muncul juara liga. Jadi kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk itu," ujarnya.

Bagi pengurus, Arsene Wenger yang kali terakhir memberi Arsenal kejuaraan liga pada 2005, anak-anak buahnya jelas sudah semakin matang.

"Kami sudah matang, malah cukup berdisiplin ketika bermain sesama sendiri. Harap-harap ini akan mengukuhkan kepercayaan kami untuk terus berada di landa- san tepat dalam mencabar kejuaraan liga musim ini," tegas pengendali dari Perancis itu. - AFP

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))