Google didakwa kumpul maklumat sulit secara haram

January 7, 2011

SEOUL - Polis Korea Selatan menemui bukti bahawa syarikat laman sesawang terbesar, Google mengumpul data sulit secara haram semasa membuat pemetaan jalan untuk khidmat Street Viewnya, semalam.

Polis dari Unit Siasatan Jenayah Siber Korea Selatan berjaya memecah kod data yang disimpan di dalam cakera keras yang digunakan oleh Google Street View dan menemui bukti mengenai pengumpulan data secara haram tersebut.

Sekurang-kurangnya 10 pekerja syarikat laman sesawang terbesar itu di Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang disoal siasat mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai data yang telah dikumpulkan.

Siasatan turut dilakukan di AS, Jerman dan Itali selepas Google mengaku kereta Street Viewnya, di mana ia mengambil foto pelbagai bandar di sekitar 30 negara, telah mengumpul cebisan-cebisan maklumat peribadi yang diambil melalui sistem Wi-Fi secara tidak sengaja.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))