Presiden Wanita Pertama Brazil

January 3, 2011

BRASILIA: Presiden wanita pertama Brazil, Dilma Rousseff mengangkat sumpah jawatan semalam dengan memberi jaminan untuk meneruskan dasar Presiden sebelum itu yang popular, Luiz Inacio Lula da Silva.

Nenek dan janda berusia 63 tahun yang juga bekas Menteri Kabinet Lula, mengambil alih jawatan pada satu upacara rasmi yang diadakan semalam.

Sebuah kereta Rolls-Royce buatan 1952, membawa beliau melalui beberapa batang jalan raya, manakala lebih 70,000 orang berbaris untuk memberi penghormatan.

“Saya akan menjaga kebajikan golongan paling lemah. Saya akan memerintah untuk seluruh rakyat Brazil,” katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari anjung istana.

Beliau memuji Lula dan menyifatkan bekas Presiden itu sebagai lelaki hebat dan berikrar meneruskan kecemerlangannya terutama membasmi kemiskinan dan meningkatkan kemakmuran ekonomi.

“Perkara yang memerlukan usaha bersungguh-sungguh ialah membasmikan kemiskinan tegar. Kita boleh menjadi negara lebih maju dan adil untuk rakyat,” katanya. – AFP

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))