Penderma sperma mungkin dapat duit

January 18, 2011
LONDON: Britain melancarkan soal selidik umum bagi membantu pihak berkuasa memutuskan sama ada penderma telur dan sperma untuk klinik kesuburan perlu diberikan bayaran pampasan dan jumlah yang sepatutnya jika dipersetujui.

Soalan dibuat secara atas talian oleh Pihak Berkuasa Kesuburan Manusia dan Embriologi (HFEA) turut meminta pandangan sumbangan telur dan sperma di kalangan keluarga termasuk sepupu, adik beradik, ibu dan anak.

Pakar kesuburan baru-baru ini memberi amaran bahawa kekurangan penderma sperma di Britain bermakna wanita yang mahu anak terpaksa mengimport sperma dari luar negara atau menggunakan kit permanian beradas daripada internet.

Kebanyakan pakar berpendapat perubahan undang-undang pada 2005 di Britain yang mengeluarkan hak penderma tanpa nama membawa kepada kesusutan jumlah penderma. – Reuters

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))