Jurujual mengaku cabul 96 kanak-kanak

January 14, 2011
JAKARTA: Seorang jurujual barangan permainan Indonesia yang ditahan di Jakarta baru-baru ini kerana didakwa merogol seorang budak lelaki sekolah rendah membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa dirinya merogol sekurang-kurangnya 96 kanak-kanak di bawah usia 17 tahun.

Sartono, 34, ditahan di stesen Kota selepas ibu bapa seorang budak lelaki berusia 14 tahun dikenali sebagai H.R. L membuat laporan polis mengenai anak lelakinya, lapor Jakarta Globe, semalam.

Ketua Polis Kepulauan Seribu, Pesuruhjaya Kanan, Hero Hendrianto Bachtiar, berkata ibu bapa terbabit melaporkan kehilangan anak lelakinya pada 21 November lalu.
Budak lelaki terbabit pulang ke rumahnya pada 3 Disember dan mendakwa dirinya diculik dan dirogol Sartono.

“Mangsa mendakwa berjaya lari daripada perogol terbabit di Purwakarta (Jawa Barat) sebelum ke Jakarta dan menaiki feri untuk pulang ke rumahnya di Kepulauan Seribu,” kata Hero.

Polis kemudian melakukan satu operasi yang membawa kepada penahanan Sartono di stesen keretapi Kota.

“Sartono mempunyai simpanan senarai bilangan kanak-kanak dan remaja yang diserang beliau. Beliau mendakwa merogol 54 orang sebelum 2008.
“Beliau mengingati nama berpuluh mangsanya. Tetapi, dia lupa di mana kejadian sebenar berlaku. Beliau ke Jakarta untuk mencari mangsanya yang kebanyakan berusia di bawah 17 tahun.”

Hero berkata, sehingga kini, Sartono menafikan beliau pernah mengalami penderaan seksual ketika kanak-kanak.

Katanya, suspek tidak mempunyai rumah tetap dan sentiasa bergerak dari satu stesen keretapi ke stesen lain termasuk Purwakarta, Cikampek dan Kampung Bandan.

“Beliau juga menjalinkan hubungan seks dengan mangsanya di stesen keretapi. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak jalanan,” kata Hero sambil mendakwa polis juga menyiasat kemungkinan Sartono membunuh beberapa mangsanya meskipun dinafikan suspek. – Agensi

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))