Lelaki paling gemuk di dunia hilang 127kg

January 4, 2011

IPSWICH - Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason, 49, berjaya mengurangkan berat badannya secara luar biasa sebanyak 127 kilogram dalam masa setahun.

Terdahulu, Mason memiliki berat badan sehingga 381 kilogram, sebelum dia menjalani pembedahan pintasan gastrik di hospital St Richard's di Chichester, Britain, setahun lalu.

Menurutnya, sebahagian daripada perutnya terpaksa dijahit semasa pembedahan supaya jumlah pengambilan makanannya disekat secara menyeluruh.

"Saya mahu berjalan semula dan hidup sebagai manusia biasa. Saya diberi peluang kali kedua untuk hidup dan sudah tentu saya tidak mahu kembali kepada kehidupan lama saya.

"Saya akan terus berusaha mengurangkan berat badan sehingga kembali normal dan kini, saya sangat gembira dan rasa lebih sihat sekarang," katanya.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))