Kereta Ahmadinejad dilelong RM3 juta

January 4, 2011

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad melelongkan keretanya yang berusia 33 tahun untuk badan amal dan menerima tawaran AS$1 juta (RM3 juta) dari pembeli luar, kelmarin.

Pelbagai tawaran harga diterima daripada pembida dalam laman sesawang pelbagai bahasa yang ditetapkan untuk lelongan tersebut.

Tawaran dalam talian dibuka sehingga akhir bulan ini, dan pembida tertinggi akan dijemput ke majlis lelongan tersebut yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan.

Kereta jenama Peugeot sedan berwarna putih keluaran 1977 milik Ahmadinejad itu dilelong untuk membiayai projek perumahan bagi orang kurang upaya dan belia kurang bernasib baik.

Langkah ini dilihat sebagai satu usaha Presiden Iran itu untuk menarik minat belia dan perhatian pengusaha projek perumahan, seperti mana yang dipromosikan dalam kempennya dan berjanji kepada penduduknya yang kurang bernasib baik akan diberi rumah baru.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))