Kematian perokok berganda pada 2030

January 8, 2011

BEIJING - Kematian akibat merokok di China mungkin boleh meningkat kepada tiga kali ganda pada 2030, jika langkah drastik tidak diambil untuk menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Lebih daripada 3.5 juta penduduk dilaporkan berhadapan dengan risiko maut setiap tahun kerana menghidap pelbagai penyakit akibat merokok berbanding 1.2 juta kematian yang direkodkan pada 2005.

Menurut laporan, kerajaan China bersetuju untuk melaksanakan undang-undang kebangsaan terhadap larangan merokok di dalam kawasan bangunan bermula awal tahun ini.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan tanda larangan merokok belum lagi diletakkan dan perokok masih bebas meneruskan tabiat mereka di tempat awam, terutama di restoran dan bangunan pejabat.

China adalah pengeluar produk tembakau terbesar di dunia dan menjadi pembunuh No 1 kebanyakan perokok pasif dan perokok tegar di negara itu.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))