Pejabat di China haramkan perisian cetak rompak

January 8, 2011
>

BEIJING - Kerajaan China menegaskan akan menguatkuasakan pengharaman penggunaan perisian cetak rompak di pejabat mulai tahun ini, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap Pejabat Harta Intelek China, Wang Ziqiang berkata, pejabat kerajaan akan diberi tempoh sehingga hujung Mei, manakala pejabat tempatan sehingga hujung Oktober, untuk memastikan semua perisian yang digunakan mempunyai lesen sah.

Menurutnya, perisian komputer akan diklasifikasikan sebagai harta tetap kerajaan pada masa depan.

"Langkah ini dapat menjamin penggunaan perisian komputer untuk jangka masa panjang kerana pejabat di bawah jagaan Dewan Negara akan melakukan pemeriksaan tahunan," katanya.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))