Ashraf Muslim akui miliki keperibadian 'Ustaz'

January 8, 2011

SELEPAS diberi watak Ustaz Amirul dalam drama bersiri Niyang Rapik mendapat maklum balas ramai, Ashraf Muslim kemudiannya diberikan tanggungjawab membawa watak lelaki baik dalam filem Aku Masih Dara dan kini sekali lagi dia mendapat kepercayaan Idham untuk memegang teraju utama sebagai seorang ustaz.

Drama Ustaz Amirul di TV3 mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari sebuah universiti Islam di Mesir.

Dia dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul diduga keteguhan imannya sebagai pemegang amanah Allah dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.

Ustaz Amirul juga berjanji kepada ibunya, jika dia tidak mempunyai calon isteri sehingga dia berusia 30 tahun, ibunya akan mencari wanita yang layak bergelar isteri.

Malah Ashraf mengakui 50 peratus keperibadian watak Ustaz Amirul yang dilakonkannya merupakan sifat dirinya sendiri.

“Apabila membawakan watak ustaz, saya kena jaga status dan tingkah laku kerana jika salah langkah, saya akan dikecam peminat.

“Saya tidak mahu kesilapan saya memberi kesan tidak elok kepada golongan ustaz. Tetapi saya mengakui 50 peratus keperibadian Ustaz Amirul ada pada saya seperti sikapnya yang suka membantu orang, menasihati dan banyak lagi," katanya yang ditemui media selepas pelancaran drama Ustaz Amirul di Restoran Istana Bambu baru-baru ini.

Menurutnya, watak Ustaz Amirul agak berlainan daripada pernah dilakonkan kerana membawa mesej bahawa ustaz pun seperti manusia biasa lain yang perlu berhadapan dengan keputusan dalam hidup.

Saat ditanya mengapakah dia lebih senang membawa watak sedemikian, Ashraf menjelaskan, ia atas permintaan penerbit dan pengarah juga.

Bagaimanapun, dia tidak akan menolak tawaran watak antagonis asalkan dapat memberi mesej berguna kepada masyarakat.

“Sebagai pelakon, memang saya perlu versatil, tetapi saya perlu juga memenuhi kehendak saya dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Selepas ini, saya teringin untuk melakonkan watak orang bisu dan pekak pula,” kata Ashraf yang berhasrat untuk berehat beberapa bulan daripada bidang lakonan bagi memberi tumpuan kepada perniagaan.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))