Israel bunuh 26 kanak-kanak

January 19, 2011

GAZA - Kanak-kanak di Genting Gaza menjadi mangsa pembunuhan tentera Israel semasa memungut barangan terpakai di tapak runtuhan bangunan, menurut laporan terbaru.

Pertubuhan Save the Children melaporkan, seramai 26 kanak-kanak Palestin ditembak tentera Israel berhampiran sempadan kedua negara sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 16 kanak-kanak di- tembak semasa berada di luar kawasan larangan yang diwujudkan rejim Zionis di sepanjang sempadan.

Kanak-kanak di Gaza terpaksa memungut sisa bahan binaan untuk membina semula rumah mereka yang musnah akibat serangan ganas Israel pada 2008 kerana rejim itu tidak membenarkan bahan binaan dibawa masuk ke Gaza.

"Sekatan zalim Israel bukan sahaja memusnahkan ekonomi Gaza, tetapi juga meletakkan nyawa kanak-kanak Palestin dalam bahaya," menurut laporan itu.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))