Dua penguat kuasa dicekup khalwat

January 10, 2011
JITRA: Dua anggota penguat kuasa daripada sebuah agensi kerajaan di negeri ini dicekup berkhalwat oleh jemaah masjid di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, di sini, pagi kelmarin.

Kedua-dua mereka bertugas di agensi sama tetapi suspek lelaki bertugas di cawangan Kulim, manakala pasangannya bertugas di cawangan Kubang Pasu.

Pasangan terbabit yang masing-masing berusia 25 dan 26 tahun dicekup kira-kira jam 11 pagi selepas jemaah masjid di kawasan perumahan itu mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila rumah yang disewa penghuni wanita yang ketika itu tinggal seorang diri dikunjungi seorang lelaki.

Difahamkan, wanita itu dikatakan menyewa di rumah itu bersama beberapa rakannya yang lain, tetapi ketika kejadian semua rakan serumahnya pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu.

Wanita yang berasal dari Lunas, Kulim itu dikatakan sengaja tidak pulang ke kampung seperti rakannya, semata-mata untuk memadu asmara bersama pasangannya di rumah itu.

Pasangannya yang berasal dari Kelantan itu dikatakan sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 140 kilometer dari Kulim ke sini, semata-mata untuk menemui teman wanitanya itu.

Sumber berkata, jemaah masjid yang menerima aduan itu, bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu berulang kali sebelum dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap tidak lama kemudian.

Katanya, wanita itu dikatakan terkejut melihat ramai orang berada di luar rumah dan selepas menyatakan tujuan mereka ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan, dia benar masuk.

“Selepas diperiksa, jemaah masjid terbabit menemui seorang lelaki bersembunyi dalam bilik air yang berada dalam ketakutan dan diarahkan keluar menyerah diri.

“Pasangan itu mengaku mereka tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau bukan mahram menyebabkan mereka terpaksa ditahan untuk siasatan,” katanya di sini semalam.

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))