Jutawan di India kedekut

December 31, 2010
NEW DELHI 30 Dis. - Sumbangan amal sebanyak AS$2 bilion (RM6.28 bilion) oleh seorang hartawan syarikat teknologi India baru-baru ini, jelas menunjukkan sikap kedekut jutawan-jutawan untuk menderma di negara ini.


Azim Premji, yang 'mengubah' syarikat minyak masak keluarganya kepada sebuah firma gergasi perisian Wipro, awal bulan lalu mengumumkan sumbangan tersebut bagi membiayai pendidikan di kawasan luar bandar.

Kekayaan 100 jutawan India yang dianggarkan bernilai 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dan sumbangan Premji, derma amal tertinggi setakat ini, dilihat sebagai cabaran kepada hartawan-hartawan lain.

Ketika sumbangan amal oleh golongan kaya banyak dilakukan di negara seperti Amerika Syarikat (AS), ia jauh berbeza dengan negara membangun seperti India dan China.

Seorang penulis yang memberi gambaran keseluruhan tentang sikap dermawan di India, Arpan Sheth berkata, potensi melakukan kerja amal di negara ekonomi kedua berkembang pesat dunia itu amat besar.

"Perlukah individu di India terutamanya yang kaya menyumbang? Bolehkah mereka menderma jumlah yang besar? Jawapan kepada kedua-dua soalan itu sudah tentu 'boleh'," katanya.

Menurut majalah Forbes, ekonomi India yang semakin meningkat dijangka bertumbuh 8.5 peratus tahun ini dan menghasilkan 17 jutawan baru pada 2010, menjadikan jumlah keseluruhan jutawan India kepada 69 orang.

Dua jutawan tempatan, Lakshmi Mittal dan Mukesh Ambani turut berada dalam senarai lima individu paling kaya dunia Forbes.

Namun, sikap dermawan di kalangan jutawan India masih kurang. Sheth percaya sebahagiannya mungkin disebabkan pengumpulan harta individu dalam masa pendek yang dipandang sebagai fenomena baru.

"India mempunyai sejarah kemiskinan. Disebabkan itu ramai di kalangan jutawan baru akan menggandakan lagi kekayaan mereka bagi meningkatkan status sosial dalam masyarakat," katanya. - AFP

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))