Anak Michael Jackson terkedu bapa mereka kaku

January 7, 2011
LOS ANGELES: Seorang pengawal peribadi Michael Jackson, Alberto Alvarez, berkata dua orang anak penyanyi itu ketakutan ketika melihat bapa mereka terbaring tidak bergerak di atas katil pada hari kematiannya.

“Paris Jackson menjerit Daddy dan mula menangis, manakala doktor peribadi Raja Pop itu, Dr Conrad Murray berkata, bawa mereka keluar, jangan benarkan mereka melihat ayah mereka dalam keadaan begini,” katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Los Angeles, semalam.
Alvarez memberi keterangan pada hari kedua sidang awal mahkamah yang akan memutuskan sama ada doktor peribadi Michael itu patut dibicarakan atas dakwaan menyebabkan kematian Michael.
Mahkamah juga diberitahu bahawa Michael kelihatan sudah meninggal dunia ketika anggota paramedik tiba manakala Dr Murray tidak memaklumkan kepada pegawai pertama yang memeriksa penyanyi itu bahawa dia menggunakan ubat bius propofol.

Alvarez berkata beliau dimaklumkan melalui telefon pada 25 Jun 2009, bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Michael.

Beliau memasuki bilik Michael dan melihat Dr Murray berada di sisinya.

Pengawal itu berkata, beliau sedang membuat panggilan telefon apabila terlihat dua anak Michael, Prince dan Paris yang berusia 12 dan 11 tahun, memasuki bilik itu.
“Saya berpaling dan memberitahu mereka ‘Jangan bimbang nak, kami akan mengendalikannya, tolong keluar’ dan saya mengiringi mereka keluar dari bilik Michael,” katanya.

Alvarez berkata Murray memberitahunya bahawa Michael mengalami ‘kesan teruk’ dan mengarahkannya memasukkan pelbagai peralatan dan botol ubat ke dalam beg sebelum memanggil paramedik. – Reuters

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))