Jangan jadikan watak ustaz sekadar penghalau hantu

January 9, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Di dalam filem atau drama televisyen lokal yang bergenre seram, watak ustaz dilihat sering dipaparkan sebagai sekadar tukang penghalau hantu dan jin.

Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak ustaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.

"Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.

"Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd. Azahari Yusuf.

Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu. - Bernama

Kredit : http://www.utusan.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))