Tiket bunga api Menara KL

December 31, 2010

KUALA LUMPUR: Dengan harga serendah RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, orang ramai berpeluang menyaksikan pemandangan percikan bunga api di sekitar ibu kota dari Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur di sini, sempena sambutan Tahun Baru 2011, tengah malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said, berkata orang ramai boleh mendapatkan tiket bermula jam 10 malam ini hingga 1 pagi.

“Ia diadakan bagi memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan percikan bunga api di sekitar Kuala Lumpur dari Pelantar Pemandangan dengan ketinggian 276 meter.

“Orang ramai dijemput merasai pengalaman yang menakjubkan daripada Menara Kuala Lumpur pada malam sambutan Tahun Baru 2011,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))