11 premis sasaran operasi
KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 premis di Jalan Petaling dan Silang di sini dikesan menjadi sarang pelacuran sejak beberapa bulan lalu dirobohkan buat kali ke-10 dalam operasi membasmi kegiatan pelacuran, semalam.
Operasi bermula jam satu tengah hari itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur (JAWI) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Tinjauan di sekitar bilik usang yang kerap dirobohkan sebelum ini mendapati kondom yang sudah digunakan dibuang bertaburan di atas lantai menunjukkan kegiatan pelacuran itu masih beroperasi seperti biasa walaupun pemantauan secara berterusan dilakukan.
Timbalan Penguasa Bahagian Operasi Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh, berkata sebanyak 11 premis di dua lokasi berasingan iaitu di Jalan Petaling dan Jalan Silang yang dikenal pasti dirobohkan.
Katanya, premis yang dinamakan sarang pelacuran itu sebelum ini sudah diroboh dan disita, tetapi tidak lama kemudian, ia dibangunkan kembali dengan meletakkan katil bagi tujuan pelacuran.
“Siasatan mendapati, premis usang itu tidak dijadikan penempatan kekal, sebaliknya mereka hanya datang untuk tujuan pelacuran semata-mata,” katanya, di sini, semalam.
Tanda berkata, susulan tindakan itu, pihaknya akan menempatkan lapan anggota termasuk seorang pegawai di dua lokasi berkenaan bagi tujuan pemantauan dari semasa ke semasa berkuat kuasa hari ini.
“Anggota terbabit akan ditugaskan membuat pemantauan bagi mengelak sarang pelacuran itu diaktifkan kembali,” katanya yang operasi tamat kira-kira jam lima petang.
Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:
Post a Comment