VJ Daniel mirip Khairul Fahmi

January 1, 2011

RAMAI yang mengakui kecekapan dan kebolehan penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi. Namun selain ketangkasannya itu, nama Khairul Fahmi menjadi hebohan di Indonesia kerana wajahnya yang dikatakan mirip seorang joki video (VJ) yang bernama Daniel Mananta.

Perkara tersebut diakui oleh dua rakan baik Daniel iaitu Arie Untung dan Fitri Tropica. Fitri yang cuba berlucu dengan temannya Daniel telah menulis di laman sosial Twitternya, "Wahai penjaga gol Malaysia, tolong mengalah atau saya sebarkan gambar anda."

Acara balas membalas status laman Twitter kemudian terjadi antara tiga serangkai tersebut. Namun Daniel nampaknya tidak gemar dirinya dikatakan mirip Khairul Fahmi.

Dia sempat menulis status di lama Twitter dengan menyatakan supaya Khairul Fahmi muncul berhadapan dengan dirinya kelak.

"Hati-hati penjaga gol Malaysia. Tahun depan saya yang akan maju," tulis Daniel kembali bercanda.

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))