Carrick tidak mahu United buat silap

January 1, 2011

MANCHESTER - Michael Car- rick percaya Manchester United perlu mula belajar daripada kesilapan sekiranya mahu memenangi semula gelaran Liga Perdana England musim ini.

United kehilangan beberapa mata penting apabila jaringan penyamaan kontroversi di Birmingham City baru-baru ini menyaksikan mereka terlepas peluang untuk mendahului saingan liga.

Ini kali ketiga skuad kendalian Alex Ferguson itu bolos pada minit ke-89 selepas situasi yang sama turut berlaku ketika berdepan Fulham dan Everton.

Carrick mengakui bahawa pasukannya mula bimbang dengan kegagalan mereka menjamin kemenangan yang diperlukan tersebut sekiranya mahu menjulang trofi liga pada Mei depan.

Namun, perancang United itu menasihati rakan sepasukannya supaya belajar daripada kesilapan tersebut agar kejayaan tidak lagi terlepas dari gengga- man mereka.

"Jaringan lewat sentiasa menyukarkan lagi keadaan tetapi jika dilihat bagaimana ia berlaku, ia amat menyakitkan hati seperti ketika berdepan Birmingham," kata perancang England itu.

"Kami amat kecewa dan ia telah berlaku beberapa kali dalam musim ini.

"Tetapi ia telah terjadi dan kami kini perlu memandang ke depan dan melupakannya.

"Kami kena pastikan ia tidak berulang lagi. Kami masih dalam keadaan yang bagus ketika ini.

"Kami masih belum kalah (dalam liga). Kami dalam prestasi terbaik dan juga akan turun pada perlawanan seterusnya dengan momentum yang baru." - AFP

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))