Khurafat yang menyeramkan!

January 16, 2011

Khurafat atau ‘Perjanjian Syaitan” arahan pengarah muda, Syamsul Yusof, adalah filem seram yang lain daripada lain.

Bukan sahaja sarat dengan babak seram, tetapi juga sistem audio yang pastinya akan menambahkan lagi keseraman sesiapa sahaja yang menonton. Yang pasti, sesiapa yang lemah semangat, sakit jantung atau wanita mengandung tidak digalakkan menonton filem ini.

Namun sekiranya anda ingin mencabar keberanian, silalah ke panggung dan pastikan ada teman di sebelah tempat duduk anda.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang mempunyai isteri bernama Ayshah.

Awalnya, mereka hidup aman dan bahagia, sehinggalah ‘gangguan misteri’ menghantui rumah tangga mereka. Dalam tempoh itu, Johan didatangi seorang perempuan tua yang tidak dikenali dan cuba mendekatinya. Malah bekas kekasihnya, Anna, turut menagih cinta kembali tanpa menghiraukan Johan sudah beristeri.

Kemuncak cerita apabila Anna membunuh diri dan sejak itu, mereka kerap dilanda peristiwa aneh.

Khurafat dibintangi pelakon hebat tanah air seperti Liyana Jasmay, Mariani, Fauziah Nawi, Salina Saibi dan Syamsul sendiri.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))