TERTAKLUK kepada hasil perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), bintang bola sepak Malaysia, Mohd Safee Mohd Sali berkemungkinan akan dinilai oleh Persatuan Sepakbola Bandung (Persib) pada sesi jual beli Februari depan.
Pegawai media Persib, Irfan Suryadireja berkata, perbincangan mengenai perkara itu (membeli Safee) sudah dilakukan , tetapi belum mencapai kesepakatan seperti yang diperbincangkan banyak pihak.
Sungguhpun belum mendapat kepastian mengenai perbincangan dengan FAS, pasukan Mohd Safee pada masa ini, beliau yakin Persib tidak akan berdepan banyak masalah untuk bekerjasama dengan Selangor kerana hubungan baik yang wujud antara kedua-dua kelab itu setelah mereka saling melakukan kunjungan pada tahun lalu.
Mohd Safee pada masa ini masih terikat kontrak dengan FAS sehingga bulan November tahun ini.
Irfan berkata pada sesi Februari nanti, Persib akan melakukan penilaian terhadap keperluan pasukan itu.
Persib pada masa ini telah mempunyai lima pemain penyerang yang berada dalam keadaan cergas.
Mereka ialah dua pemain asing Hilton Moreira (Brazil) dan Pablo Frances (Argentina) serta tiga pemain tempatan iaitu Airlangga Sucipto, Rahmad Afandi dan bintang Indonesia pada pertandingan Piala AFF lalu, Cristian Gonzales.
Kedatangan Mohd Safee ke dalam pasukan itu akan memperketat saingan bagi posisi penyerang dalam setiap perlawanan yang disertai Persib.
Irfan turut bersetuju bahawa gandingan Mohd Safee-Gonzales akan menjadi gandingan menarik bagi Persib dan penyokong fanatik kelab itu “Viking” memang ingin melihat kedua-dua pemain itu segera digabungkan.
Kredit : http://www.sinarharian.com.my/
0 comments:
Post a Comment