Arjun minta RM1.7 juta

January 4, 2011

SETELAH berjaya membawakan watak sebagai Major Krishna Rao dalam filem komedi Housefull sebelum ini, khidmat pelakon Arjun Rampal untuk sekuel filem berkenaan mungkin tidak lagi diteruskan.

Ini kerana pelakon itu telah meletakkan harga sehingga RM1.7 juta yang menyebabkan pihak produksi filem tersebut tidak dapat memenuhi permintaannya.

"Bayaran mencecah RM1.7 juta yang diminta Arjun Rampal itu terlalu tinggi. Jadi untuk filem Housefull 2, tiada lagi kelibatnya dan kami gantikan dia dengan Rahul Khanna," ujar Sajid Khan, pengarah filem tersebut.

Selain mengekalkan pelakon seperti Askhay Kumar dan Ritesh Deshmukh, beberapa muka baru akan turut membintangi Housefull 2 seperti John Abraham, Nana Patekar dan Paresh Rawal.

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))