Hrithik-Priyanka kembali bersatu

January 4, 2011

SETELAH lima tahun tidak berganding bersama dalam sebarang filem, akhirnya pelakon Hrithik Roshan dan Priyanka Chopra bakal kembali bersatu pada tahun ini.

Kali terakhir mereka berganding adalah menerusi filem Krrish pada tahun 2006.

Menariknya, kali ini mereka akan bergandingan dalam dua buah filem sekaligus. Dua filem tersebut ialah Krrish 2 dan Agneepath.

"Memang tidak disangka saya dan Hrithik akan kembali bergandingan semula. Dia memang seorang pelakon yang cukup hebat dan sudah tentu saya tidak sabar untuk menjalani penggambaran," ujar Priyanka.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai kedua-dua filem tersebut, Priyanka yakin bahawa Krrish 2 dan Agneepath akan mendapat sambutan yang positif daripada peminat.

Kredit : http://www.kosmo.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))