Didikan agama sekat zina

January 10, 2011
KUALA LUMPUR: Didikan agama dan pengisian rohani yang kurang mantap punca utama perbuatan tidak bermoral seperti pembuangan bayi berleluasa di kalangan masyarakat, walaupun bermacam-macam saranan bagi menanganinya diketengahkan pelbagai pihak.

Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam, berkata tiba masanya aspek didikan agama ditekankan bermula di rumah bagi menyekat pelbagai gejala negatif termasuk zina hingga melahirkan anak luar nikah dan pembuangan bayi sebagai langkah terakhir.

“Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini kerana jika sejak awal lagi anak-anak tidak diterapkan nilai Islam, jiwa mereka kosong dan tentu sekali mudah terjebak perkara dilarang agama,” katanya yang mengulas gejala pembuangan bayi yang tidak berkesudahan.

Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))