Ji-sung hajat bersara

December 27, 2010
Mahu fokus kerjaya bersama United selepas Piala Asia

MANCHESTER: Perancang Korea Selatan, Park Ji-sung mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Asia, bulan depan.


Pemain Manchester United berusia 29 tahun itu terpaksa mengimbangkan komitmen kepada kelab di Eropah dan Korea Selatan hampir lapan tahun. Sebelum menyertai United pada 2005, Park beraksi dua musim bersama PSV Eindhoven.
Ditanya mengenai persaraannya, Park berkata: “Buat masa ini saya tidak boleh bercakap apa-apa mengenainya. Mungkin selepas Piala Asia.” katanya.

Park akan menyertai Korea Selatan untuk cuba memenangi Piala Asia buat pertama kali sejak 1960 selepas United menentang Sunderland, malam tadi.

Dia yang sudah mengumpul empat gol musim ini - termasuk gol kemenangan ketika menentang Arsenal dua minggu lalu bagi membantu United menduduki persada liga.

“Saya yakin kami masih mengekalkan kedudukan nombor satu apabila saya kembali,” kata Park. “Beraksi bersama pasukan kebangsaan adalah satu penghormatan tetapi saya akan terlepas beberapa perlawanan, jadi ia mengecewakan.
“Tetapi Manchester United mempunyai pemain yang cukup untuk membentuk pasukan kuat dan mereka mampu melakukannya tanpa saya.”

Pusingan akhir perlawanan Piala Asia akan berlangsung di Qatar dan akan berakhir 29 Januari. - AP

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))