JAKARTA: Stadium Bung Karno terus bergelora apabila penyokong tempatan yang kecewa tidak mendapat tiket, menyerbu masuk ke dalam padang stadium untuk melepaskan kekecewaan mereka.
Pihak berkuasa dikerah menghalau ribuan peminat yang berjaya meloloskan diri untuk bergambar di atas padang ke tempat duduk, tetapi tidak lama kemudian mereka kembali berkumpul di atas padang hingga berlaku pertempuran dengan pihak berkuasa.
“Kami amat kecewa, jadi alang-alang sudah sampai di sini lebih baik kami mengambil gambar kenang-kenangan di atas padang,” kata salah seorang penyokong, Agam, 21 kepada akhbar Kompas Minggu.
Dalam perkembangan lain, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) memberi amaran kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan dilakukan penyokong Indonesia, selepas mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran membeli tiket di stadium itu.
“AFF menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosak orang ramai, pertandingan final kedua tidak akan diadakan di Gelora Bung Karno,” kata Ketua PSSI, Nurdin Halid di Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne pada 4 petang semalam.
Sementara itu, seorang pembeli tiket disahkan meninggal dunia dalam kekecohan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno semalam, manakala seorang lagi pemuda digigit anjing pengawal keselamatan.
Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:
Post a Comment