Keane cari kelab baru

December 27, 2010
LONDON: Penyerang Tottenham, Robbie Keane akan mencari kelab baru dalam tempoh perpindahan bulan depan selepas sering diketepikan daripada pasukan.


Ketika Jermain Defoe, Peter Crouch, Roman Pavlyuchenko dan Rafael van der Vaart menjadi pilihan bagi menjana barisan depan, Keane hanya baru beraksi dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
Satu-satu jaringan dilakukan olehnya adalah dalam saingan Piala Liga ketika tunduk kepada Arsenal.
Keane menyertai Spurs pada 2002 selepas beraksi bersama Leeds, Inter Milan, Coventry dan Wolverhampton. Selepas terpikat dengan tawaran Liverpool pada 2008, Keane gagal menyerlah di Anfield dan menandatangani perjanjian semula dengan Spurs enam bulan kemudian.

“Robbie berhasrat untuk berpindah dan dia mahu bermain. Dia seorang pemain yang mahu beraksi sepanjang kerjaya,” kata pengurus Spurs, Harry Redknapp. “Dia masih pemain terbaik dan mampu memikat serta menarik minat kebanyakan kelab.

Birmingham mungkin menjadi destinasi kepada Keane selepas kelab di tengah England itu mahu menandatangani seorang penyerang berpengalaman bulan depan.

Redknapp juga berkata pertahanan tengah Jonathan Woodgate akan dipinjamkan kepada mana-mana kelab selepas pulih daripada kecederaan panjang pangkal paha.
Bekas pertahanan Real Madrid berusia 30 tahun itu kembali menjalani latihan minggu ini selepas lebih setahun berehat akibat kecederaannya itu. - AP

Kredit : http://www.bharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))