Rabecca sah bergelar isteri

January 15, 2011

Setelah tiga tahun menyulam cinta, pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, sah menjadi isteri kepada pilihan hatinya Norazam Datuk Sulaiman, 42, dengan sekali kali lafaz, kira-kira jam 9.40 malam, semalam.

Majlis akad nikah yang berlangsung di rumah Rabecca di Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang, Selangor dimulakan dengan majlis pertunangan beberapa minit sebelum raja sehari ini dinikahkan.

Rabecca menerima seutas gelang emas dari ibu mertuanya sebagai tanda pertunangan.

Kemudian majlis akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Gombak, Mohamad Ibrahim dan disaksikan oleh dua bapa saudara Rabecca iaitu Abdul Rahman Arif serta .Abdullah Arif. Manakala bapa Rabecca, Ahmad Arif bertindak sebagai wali.

Kira-kira 300 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah itu. Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin RM333.33 dan duit hantaran yang dirahsiakan nilainya.

Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Norazam menyarungkan sebentuk cincin jenama Chopard ke jari manis Rabecca.

Rombongan pengantin lelaki hadir diketuai oleh ayah Norazam iaitu Datuk Sulaiman membawa 13 dulang hantaran dan dibalas 15 dulang oleh pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki antaranya terdiri daripada set barang perhiasan diri dari Chopard, beg tangan LV, barang kecantikan Dior, kasut jenama Channel, senaskhah al-Quran, coklat, sirih junjung, minyak wangi, telekung dan sepasang baju.

Pihak perempuan pula menyerahkan senaskhah al-Quran, sirih junjung, sepasang kasut, sejadah, seutas jam tangan jenama Chopard, buah-buahan, 2 biji kek, kasut jenama Hugo Boss, baju jenama Hugo Boss.

Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada Sabtu (hari ini) di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan tradisional dan pada hari Ahad di Menara Kuala Lumpur berkonsep Inggeris, di mana terhad kepada 250 tetamu sahaja.

Kredit : http://www.sinarharian.com.my/

0 comments:

Post a Comment

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))