JAKARTA: Front Pembela Islam (FPI) mengambil keputusan tidak akan menyokong pasukan bola sepak Indonesia jika Julia Perez memakai coli laser di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF menentang Malaysia hari ini.
“Tidak boleh. Itu membabitkan Undang-Undang Pornografi. Kalau dia terus dengan hasratnya untuk memakai coli laser, kami tidak akan menyokong pasukan Indonesia,” kata Ketua FPI Jakarta, Habib Salim Alatas.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Julia Perez atau Jupe, penyanyi dangdut dan juga pelakon filem seram Indonesia untuk memakai coli laser bagi ‘membutakan mata pemain Malaysia.’
FPI menganggap Jupe sebagai pelaku maksiat kerana mahu memakai coli laser.
“Tujuannya tidak baik. Sedangkan kita berdoa untuk kemenangan Indonesia, dia pula mahu lakukan maksiat,” kata Habib. - Agensi
Kredit : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment