ALOR SETAR: Keseronokan lima remaja termasuk seorang wanita menyambut malam tahun baru dengan mengadakan pesta dadah tidak bertahan lama apabila rumah sewa mereka diserbu anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Taman Saga, Tanjung Bendahara, di sini, Ahad lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi, sekumpulan remaja berkenaan yang berasal dari Kuala Kedah berusia antara 17 hingga 21 tahun itu disyaki khayal menghisap dadah jenis ketamin di bilik sewa itu.
Difahamkan, tiga daripada lima remaja terbabit yang bekerja sebagai nelayan sering menjadikan rumah berkenaan sebagai ‘port’ kumpulan terbabit melepaskan gian.
Dua remaja lelaki yang berusia 17 tahun dikatakan sudah lama berhenti sekolah dan bekerja sebagai nelayan, manakala wanita terbabit yang berusia 21 tahun adalah menganggur.
Sumber AADK Kota Setar berkata, sepasukan anggota penguat kuasa agensi itu yang menerima maklumat berkaitan aktiviti jenayah di bilik sewa itu melakukan intipan sebelum membuat serbuan.
“Ketika serbuan, kami dapati lima suspek termasuk seorang wanita berada dalam bilik berkenaan sedang menghisap dadah jenis ketamine.
“Hasil ujian air kencing mendapati kelima-limanya positif dadah,” katanya ditemui selepas menyertai operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Jabatan Imigresen Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kredit : http://www.hmetro.com.my/

0 comments:
Post a Comment